Sejarah Vorwerk (ayam)

Bermula pada tahun 1900, seorang penternak unggas bernama Oskar Vorwerk mula membiak ayam utiliti bersaiz sederhana yang mempunyai corak bulu berbelang berdasarkan baka Lakenvelder. Perbezaan dari segi penampilan utamanya adalah warna asas emas tua pada ayam Vorwerk, berbanding warna putih pada ayam Lakenvelder. Oleh itu, kadang kala ayam ini secara salah dipanggil Lakenvelder Emas, terutamanya di Amerika Utara. Lakenvelder Emas, sebagai satu variati warna yang berlainan adalah satu baka berbeza dengan Vorwerk.[1] Baka-baka yang digunakan untuk menghasilkan Vorwerk termasuk Lakenvelder, Orpington Buff, Sussex Buff dan Andalusia. MEnjelang tahun 1913, Vorwerk diseragamkan. Bagaimanapun, ia tidak pernah dibiakkan secara meluas, oleh itu jarang atau tidak dibiakkan di luar benua Eropah. [2]

Bantam Vorwerk

Pada tahun 1966, seorang lelaki A U.S. bernama Wilmar Vorwerk daripada New Ulm, Minnesota, menunjukan minat akan baka ini, akan tetapi tidak dieksport ke Amerika Utara. Oleh itu, beliau membiak satu versi bantam daripada awal dengan menggunakan Lakenvelder, Wyandotte Biru dan Buff, Rosecomb Columbia Buff dan Ekor Hitam. Para peminat Eropah juga membiakkan versi bantam mereka sendiri Vorwerk. Meskipun ayam Vorwerk standard tidak diiktiraf oleh Persatuan Unggas Amerika dalam Standard Kesempurnaannya, Persatuan Bantam Amerika telah mengiktiraf bantam Vorweck yang dibiakkan di Amerika Syarikat.[3]